Berdasarkan kepada kajian Reader's Digest, Malaysia menduduki tempat ke 34 dari 36 negara yang mempunyai perangai buruk di dunia. Berikut adalah 10 perangai buruk rakyat Malaysia:
- Memandu secara melulu, menukar lorong atau masuk ke simpang tanpa memberi lampu isyarat kiri atau kanan, membunyikan hon sesuka hati dan mengikuti rapat kereta di hadapan.
- Tidak mematuhi arahan papan tanda seperti larangan dilarang merokok, tidak boleh membuat pusingan, tidak boleh meletak kenderaan.
- Mengambil tempat letek kereta tanpa memperdulikan ada orang lain yang sedang menunggu untuk meletak kenderaan di tempat yang sama.
- Tidak memberi tempat duduk kepada golongan yang memerlukan iaitu kepada perempuan yang mengandung dan warga tua.
- Tidak membenarkan penumpang keluar terlebih dahulu sebelum masuk.
- Bercakap kuat di telefon semasa berada di tempat awam dan juga panggung wayang.
- Tidak menekan atau memegang pintu lif atau pintu ketika masuk.
- Tidak mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah melakukan perkara baik.
- Meninggalkan troli membeli belah sesuka hati tempat letak kereta, serta tidak 'flush' ketika menggunakan tandas awam.
- Selalu lambat.

0 comments:
Post a Comment
Commenting policy:
1. Please leave comments that are relevant to the blog post.
2. Comments on posts that are more than 14 days old will be moderated.
3. Do not post advertisements to your own site/products here.
4. Do not post private information, it will be deleted.
5. Refrain from using abusive/vulgar words, if you have personal issues with me, contact me directly through the contact form or my email instead.